Pengurusan Am
- Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
- Mendapatkan salinan borang maklumat murid, khususnya bahagian C daripada GPK HEM.
- Mandapat dan merumuskan enrolman murid daripada jawatankuasa Pemilihan bantuan sekolah.
- Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga status murid yang tidak layak untuk menerima SPBT, contohnya, bukan warganegara.
- Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT sekilah dan AJK dalam Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Sekolah.
- Melaporkan kepada GPK HEM senarang masalah berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
- Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di sekolah.
- Mendapatkan data enorolman murid yang tepat.
- Menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT.
- Menyediakan senrai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT.
- Merujuk Pengetua/ Guru Besar/ PK tentang pembukaan dan penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks.
- Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria ditetapkan.
- Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangan SAP/ Invois atau Nota Serahan.
- Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak daripada penerbit.
- Memastikan buku teks SPBT dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan pada buku teks SPBT.
- Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru Kelas.
- Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G)
- Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan dan Penjagaan Buku Teks SPBT.
- Mengurus penggantian buku teks SPBT yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid.
- Mengurus Bilik Operasi SPBT sekolah (BOSS).
- Mengurus dan mengemas kini fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama ahli Jawatankuasa SPBT Sekolah.
- Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan yang disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke semasa.
- Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh PPD/ JAIN/JPN.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.
- Memastikan buku lebih di BOSS tidak melebihi lima naskhah bagi setiap jadual.
- Membantu Guru Penolong Kanan KOkurikulum menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.
- Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.
- Membimbing pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah.

No comments:
Post a Comment