Monday, August 31, 2009

Borang SPBT

http://apps.emoe.gov.my/bbt/Borang%20SPBT.pdf

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT

Guru penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu, guru penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan malaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab guru penyelaras SPBT adalah seperti yang berikut:

Pengurusan Am
  1. Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
  2. Mendapatkan salinan borang maklumat murid, khususnya bahagian C daripada GPK HEM.
  3. Mandapat dan merumuskan enrolman murid daripada jawatankuasa Pemilihan bantuan sekolah.
  4. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga status murid yang tidak layak untuk menerima SPBT, contohnya, bukan warganegara.
  5. Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT sekilah dan AJK dalam Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Sekolah.
  6. Melaporkan kepada GPK HEM senarang masalah berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
  7. Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di sekolah.
Penentuan Keperluan Buku Teks SPBT
  1. Mendapatkan data enorolman murid yang tepat.
  2. Menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT.
  3. Menyediakan senrai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT.
  4. Merujuk Pengetua/ Guru Besar/ PK tentang pembukaan dan penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks.
Penerimaan Buku Teks SPBT
  1. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria ditetapkan.
  2. Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangan SAP/ Invois atau Nota Serahan.
  3. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak daripada penerbit.
  4. Memastikan buku teks SPBT dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan pada buku teks SPBT.
Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks SPBT
  1. Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru Kelas.
  2. Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G)
  3. Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan dan Penjagaan Buku Teks SPBT.
  4. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid.
Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
  1. Mengurus Bilik Operasi SPBT sekolah (BOSS).
  2. Mengurus dan mengemas kini fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama ahli Jawatankuasa SPBT Sekolah.
  3. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan yang disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke semasa.
  4. Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh PPD/ JAIN/JPN.
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.
  6. Memastikan buku lebih di BOSS tidak melebihi lima naskhah bagi setiap jadual.
Kelab SPBT
  1. Membantu Guru Penolong Kanan KOkurikulum menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.
  2. Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.
  3. Membimbing pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah.

Wawasan Unit SPBT SMK Puterijaya, KL

Visi
Menuju ke arah kecemerlangan dalam pengurusan SPBT

Misi
  1. Memastikan operasi SPBT cekap dan berkesan.
  2. Memberi pendidikan kepada semua pelajar, budaya kerja cemerlang dan semangat kerja.
  3. Mermartabatkan buku teks.
  4. Menjulang budaya ilmu melalui buku teks.
Moto
Buku sumber ilmu

Matlamat
Mewujudkan satu sistem pengurusan dan pelaksanaan SPBT yang amanah, cerkap dan berkesan.

Sunday, August 23, 2009

APA ITU BUKU TEKS?

Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Pengenalan

PENGENALAN

Bahagian Buku Teks (BBT) mula ditubuhkan sebagai satu unit di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (EPRD), Kementerian Pelajaran pada 15 Mei 1967. Pada ketika itu fungsi unit ini ialah mengawal dan menentukan semua sekolah di Malaysia Barat mematuhi peraturan Kementerian Pelajaran mengenai pembelian, penjualan, dan penggunaan buku teks.

Visi
Menjelang tahun 2010, BBT berupaya menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang dapat melahirkan insan berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.

Misi
Membuat perolehan buku teks berkualiti yang menepati ciri-ciri bertaraf dunia dan dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.

Moto
Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan

Objektif
  1. Memastikan perolehan buku teks untuk kegunaan di sekolah adalah berkualiti.
  2. Memastikan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dibekalkan secukupnya ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

Fungsi
  1. Mengurus hal-hal dasar buku teks.
  2. Mengurus pemerolehan buku teks.
  3. Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluan pasaran terbuka.
  4. Mengurus hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan kewangan.
  5. Mengurus aktiviti meningkatkan penggunaan buku teks.
  6. Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks.
  7. Mengurus program-program dan aktiviti-aktiviti Bahagian dan Kementerian Pelajaran Malaysia.